Labuan Bajo 🤍
Labuan bajo is always, always in my bucket list (me being beach girl, and i love everything about the sea and island life hewhew). So selalunya tiket pergi ni ni mahall tapi suddenly harga murah masa june, dah terbeli pastu baru diorg release direct flight in july - _-
Nak pergi takde kawan, tapi thankfully ada org termakan umpan iklan dalam group fb and whatsapp 🤣 #gigih
Anyway, lepas survey2, book pakej dengan jelajah nusa, under kapal dinara
Ada baaaanyak jenis kapal lain, kau nak murah ke mahal ke, nak cantik ke biasa2 ke, nak yg kipas ke aircond, yg siap ada jakuzi pun aku jumpa. Ikut lah. Ada yg daytrip, yg 2d1n, yg 3d2n pun ada
Nak book hari sampai labuan bajo pun boleh, survey je kat kedai2 area town
Anyway harga 3juta (dalam 800+) utk 3d2n all in per pax termasuk gambar gopro drone camera, bilik aircond, makan, aktiviti, kecuali tiket taman komodo 500rb rupiah
Flight sampai hari ahad ke bajo (sepatutnya isnin tapi aku tukar). Saja nak jalan2 ambik angin, spa, lepak cafe sambil study 😆. Wae molas spa besttt, taman laut handayani view lawa tapi makanan so so, cafe carpenter cake best and another cafe aku x ingat nama apa
Tengah hari balik tido dulu, sebab panas gilaaaa. Petang g tengok sunset
view dari taman laut handayani. Selalu org pergi kampung ujung, tapi aku malas nak tawar2 sebab sorg je takut kena scam hahha
So pagi ni terus pergi port (yang lain dia ambik kat airport - included in package)
Pergi asing sebab nak lepak cafe melinjo dulu 😆 Sedap gilaaaa pastry dia 🥲
Anyway, start trip at 10am, briefing around 11am and lesgo
Itinenary changed according to weather etc
First makan lunch dan belayar ke pulau siaba. Ada 3 points snorkeling harini, siaba, manta point dan taka makassar
Cantik sangat corals and fishes, manta point dapat tengok sekor je manta ray pastu dia hilang, and taka makasar tu untuk chill2 ambik gambar tengok sunset je, but i did snorkeling dari bot ke pantai and still cantekkk jugak 🥲
Lepas sunset, start belayar ke padar, stop for the night, dinner at 7pm. Malam tu chill2 kat rooftop sebelum tido. (basically bilik tu untuk tidur je, lebih suka melepak di mana2 kat kapal - ada common area, ada sofa kat deck depan, ada rooftop, seronok baring2 duduk2 sambil tengok laut and langit, sambil layan angin 🙃 ma shaa Allah, nikmat mana lagi nak didustakan
Esok paginya 4pagi dah kena bangun, makan light breakfast and hike padar dalam almost 5am. Naik lah kau 800 anak tangga but it is doable. Alhamdulilah sisa stamina masih ada 🥲🤣 cantek sangat ma shaa Allah.... Suka tengok padang savana ❤️
Kitorg antara yg paling lambat turun 🤣 sakan ambik gambar
Naik2 kapal dah kebulur, so brunch and lessgooo pink beach. Pink beach ni untuk lepak2 ambik gambar je 🙃 but i cant resist playing in the water do i? 🤣
Dari pink beach gerak ke pulau komodo, tengok komodo. Tapi orang lain sibuk tengok komodo, aku sibuk tengok padang savana and view laut belakang ❤️
Habis tengok komodo, naik kapal and lunchhhh finally ya allah kenapa sentiasa lapar kat sini. And chef mommy ni masak sentiasa sedap 🥲
Petang sail to manjarite for snorkeling (and yes ofc saya turun jugak 🤣 hampir nak kena tggal masa balik tu, terlalu enjoy)
Lepas manjarite, sail to pulau kelong, sambil minum petang, nak tengok kelawar masa sunset 🤍 sunset kat labuan bajo sentiasa cantik ma shaa Allah 🤍
Baaanyak sangat kelawar, baru keluar sarang nak cari makan 🙃
After sunset, sail to pulau kelor, ha ni utk hiking esok pagi and tengok baby sharkk. Hiking ni tak lama pun, 5-10mins je tapi curam ye. View lawa 🤍 and lepas tu snorkeling, tengok baby shark, and a bit far from beach ada banyak coralss and fishess 🤍 best gila swim kat sini sebab ada huuuge area yg berpasir takde batu, pasir pun halus je
Naik kapal bruch and suddenly dah sampai bajo semula huhu so sadddddd. Thankfully ambik 3d2n, this girl takkan puas dengan daytrip atau 2d1n 🤣
Sampai bajo, lepak cafe, massage lagi kat eco tree hotel haha (139k utk 1 jam, lebih kura 42+ rggt), chill2 kat hotel, and finally beli oleh2 kat kado Bajo
Anyway
Tips and tricks
1. Kalau rasa cepat mabuk, boleh makan ubat mabuk or dont join at all haha. Basically laut tenang je tapi my trip mate still perlukan ubat mabuk
2. Bring extras penyangkut baju dan penyepit, sebab nak sidai baju kat luar tu angin kuattt. Dia ada bagi penyepit but just in case tak cukup so...
3. Nak beli oleh2, kalau baju boleh beli kat pulau2 macam padar ke komodo, cheaper and please support local!! Aku lupa nak bawak duit cash extra so sad
4. Ole2 makanan yes boleh beli kat kedai ole2 biasa. Mahal sikit tapi senang semua ada situ
5. Pakai baju renang lengan panjang, seluar panjang, this time ada obor2 yang kecik tapi bila dia gigit tu sting sikit and afterwards gatal... Bearable tho sebab kena sikit je. Yg berbaju minimum mmg kena lagi teruk
So kalau memang you sukaaa suka sangat hiking, island life, laut, nature, datang la labuan bajo 🙃 alhamdulilah atas nikmat ni ya allah
Bila ek nak kawin so ada alasan nak pergi lombok and labuan bajo lagi 🤣🤣 lol. I had to limit myself from splurging more in bajo sebab ada lagi trip in november in shaa Allah. Till then 🤍
Comments
Post a Comment