East Java Trip

Soo i know i wanna do an east java trip, tapi dont wanna do it soo hard also
Tapi bebudak ni dengan yakin diri nak sapu semua tempat ye so here we go! 😩🀣
Masuk kali ni dah kali ke 3 ye ke indonesia tahun ni saja 🀣 i should stop nowww!

Lepas dah beli tix flight, survey2 pakej, nampak yang paling sesuai and affordable dengan krisna java island;

private trip 4D3N

Ms FATIN NABILA 4 pax
04 - 07 oct

Driver : Aan

Day 1
12.00 pick up airport
to go batu malang
cafe sawah
paralayang
omah kayu
check in gubuk ndeso homestay bromo
rest

Day 2
02.00 morning call
02.30 bromo tour use jeep
sunrise point
kawah bromo
pasir berbisik
savana
09.00 back to homestay
breakfast
11.00 check out
12.00 madakaripura (optional ) 
to go tumpaksewu
check in D corner homestay
rest

Day 3
05.00 backdrop semeru
panorama kapas biru
breakfast
explore tumpaksewu
12.00 check out
to go ijen
check in hotel baratha
rest

Day 4
00.00 to go paltuding
02.00 hiking ijen
back to hotel baratha
breakfast
12.00 check out
proceed to surabaya
17.00 mirota
18.00 drop airport
19.00 tour finish


TOUR INCLUDE :
✅Private car new avanza 2023
✅Driver 
✅Petrol
✅Tol parking
✅Entrance fee all destinations
✅Jeep bromo
✅Mineral water & snack
✅Profesional photographer bromo
✅Hotel 3 malam
✅Breakfast
✅Local guide ijen
✅Mask ijen


πŸ”΄ EXCLUDED :
❌travel insurance
❌lunch dinner
❌horse riding bromo
❌local guide tumpaksewu dan madakaripura
❌taxi moto madakaripura

package 4 person
IDR 2,750,000 per head

Patutnya ke tumpak sewu homestay tapi full tu yang ke d corner homestay. Tapi service mmg best, driver Aan paling function layan bebudak yang lagi tua tapi kenapa perangai cam lagi muda 😌🀣 semua guide and photographer bromo pun bestt!!





First day lepas pick up airport terus ke taman langit/ paralayang di kota batu, view cantik gila πŸ₯Ί sempat paralayang 500rb per orang, bestttt sangattt!!! Patutnya pergi kafe sawah pastu tapi dah malam nak tengok apa 🀣 so minx Aan singgah cafe lain and he doesnt dissapoint!!! Banyak gila cafe cecantik kat kota batu and serious murahhh


Melantak camni dalam 99-100myr je so sorg lam 25 rggt πŸ₯ΊπŸ˜© dah la air sesedappp



Duduk2 makan layan view malam nice gilaaa. lepas tu gerak ke bromo, bermalam kat gubuk ndeso guesthouse (hello view dari bilik cantik sangat, bilik pun nicee!)

pagi2 dah gerak ke bromo, first layan sunrise kat king kong hill, and kejar sunrise. sebelum naik tu solat subuh lu, lam kul 4 gerak naik, hike dalam 10mins je. lagi sekali view lawa!


Photographer jhoni yang ambikkan



lepas lepas turun king kong hill, gerak ke pasir savanna ambik gambar dengan jeep, then baru ke bromo crater. kalau rasa tak mampu, kau naik je la kuda tu, hrga lam 200-300rb return, ikut la kau kena scam ke tak haha. jalan memula landai pastu menanjak nak mampos pastu kena naik tangga 250. kitorang ada yang naik kuda, ada yang menapak - aku la tu dengan ain. kalau dah give up halfway boleh je naik kuda dengan separuh harga. turun tu memikirkan banyak lagi nak jalan lepas ni, aku sebat je la kuda tu harga 100rb. yeyayyy maceh horsieee!





lepas check out, gerak ke madakaripura! yang ni trek landai lam 2km, sangat oke sambil layan sungai2 kecik...tapi air terjun lawa sumpah! kalau tiu kelep and sendang gile tu healing, yang ni magical! nak ke atas tu je naik batu sikit tapi guide function so semua boleh hahahaa


Habis tu baru gerak ke lumajang untuk tumpak sewu! journey dalam 3-4hours ke eh

So pagi tu dalam pukul 5 gerak ke desa untuk view semeru and kapas biru viewpoint. Cantik view sawah tapi semeru tak nampak sebab berkabus. So lepak jap then gerak ke kapas biru viewpoint. Haa ni nampak semeru yang meletus setiap 15mins. Layan view sambil makan kerepek and indomie haha . Dah puas ambik gambar check out, breakfast pastu gerak ke tumpak sewu!




So tumpak sewu ni hike turun dah ada tangga batu dengan rail besi tapi ada 2 section yang berbatu berair slippery, nasib pakai kids hiking sandal beli kat decathlon beli last mins - kaki kecik liddat, function yeee, grip sangat. And tumpak sewu is such a grandeur.... journey per way tu 30mins jee, nak naik ke atas balik la lebih azab hahahhaha


Lepas tukar baju, snacking bakso, Aan bawak kitorg ke ijen lalu laluan lingkaran selatan, lalu pantai2 yang cantikk, ada lalu jugak satu desa tinggalan yang musnah sebab letusan semeru last year. legit jadi padang jarak padang tekukur sebabkan laluan lahar. sis is amazed


So malam tu kitorang dinner tepi jalan, makan lalapan, licin ye sebab kebuluran, gurami bakar paling sedappp and sambal2 kat surabaya ni mmg mantap ye

So woke up at 12am, gerak ke ijen, start hike lam 2.20-2.30pagi. laluan dia dalam 4km per way, 1/3 landai, 1/3 curam nak nangis, 1/3 landai lenggang kangkung. kalau kau perform, sejam ke sejam setengah, standard 2 jam, tapi aku ni menemankan nadia yang nak mental breakdown dah haha berhenti setiap 5mins, sampai gak dalam 2jam setengah ke atas. Memang missed bluefire tapi yang penting selamat! Ditemani bisikan dari belakang, "ga usah lihat ke depan mbak, ke belakang aja, langsung duduk, tak bawak ke puncak" hahaahhah (tak=saya in jawa).. 
Harga ojek kalau return dalam 1.2-1.3juta, kalau nak turun saja harga discuss kat atas

Nadia and sara memang tak turun ke kawah, aku ni menemankan ain (banyak job desc ye aku ni)
Sumpah susah nak turun kawah journey dalam 900m berbatu huaaa nak mengamuk hahhaha tapi view lawaaaaa tasik biru ni oiii. Naik atas balik tu dah cranky hahhahaha. 

Otw turun dari ijen tu first menapak, tapi kat laluan curam tu dah tergolek 2 kali, aku pun naik la ojek tumpang ain masa kat 2/3 journey, bayar 200rb. sebabkan musim kering, tanah dia berpasir kering senang nak tergelincir. so kesimpulannya sila bawak hiking stick walaupun kau perform nak mampus.

check out and gerak balik ke surabaya, banyak pusat oleh2 dah tutup so shopping kat mall je. kalau kau tau kau suka beli baju batik, bawakla duit extraaaaa. baju batik cecantikkkk. and kat mall ni takde dah jual fridge magnet ke keychain, so better singgah kat malang atau bromo. silap di situ

trip finish so stay at cleo, esoknya gerak airport pake taxi, we should have listen to Aan to order grab sebab taxi scam ye (patut 150rb je tapi dia bawak sambil break2 ye ingat aku xtau dia nak cas sampai 250rb)

so thats alll, all in all, penad gila tapi view lawaaa subhanallah thank you Allah, thank you kawan2!

till then, i should restraint myself from going to next trip till year end hahaha












Comments

Popular posts from this blog

Lombok trip #jauhperjalananluaspemandangan

Umrah Trip