Umrah Trip

Would love to write about all the things during the trip, hopefully will help some which plan to visit baitullah soon!




Post east java trip, cam biasa ngada2 nak travel lagi 🤣. Urgh me and my obsesion for travel. Tapi sebab kan dah travel merata for nature this year, rasa elok la pergi umrah haha. Duit pun mmg dah saved (well kalau x de masa depan nak kawen, baik la kita travel lagi lol)

Pujuk2 my mom, bila tengok2 banyak dates and TA, my dad berkenan dengan tiram travel sebab hotel dekat. We booked the package for 7690 (bit pricey for hotel dekat and peak season)

So nak pilih TA ni pertama2 kena tahu kita nak apa, baca review siap2
Pilih ikut harga dan kemampuan, tengok nak premium ke tak, mutawif biasa ke luar biasa, berapa banyak ziarah, fullboard ke tak etc
Since this is 1st time umrah, rasa better ikut TA then next2 iA boleh d.i.y saja
Pilih tiram sebab nak hotel dekat and trusted, tapi dah tau dari awal jgn letak harapan tinggi haha, janji sampai, janji dapat hotel, dapat makan, khalas!
Lepas dah buat pilihan, doa Allah mudahkan dan always berlapang dada!

Bawak baju pun 2 jubah je (then beli lagi 1 kat madinah), 2 baju ziarah beli yg rm30/set kat shopee, 1 telekung pendek 1 telekung biasa, baju tidur x2, andd pakai tudung bawal je haha
(Tudung bawal hijabsoul and AZ haha bidang 48 kita kasi adjust labuh sikit 🤣)
Ada beli 1 tudung sarung tapi x pakai pun (i knew it)
So kalau nak pergi umrah ni, you do you!
Tau dah lepas umrah bukannya akan pakai jubah sentiasa (idak le kerja kat ED pakai jubah) tudung sarung pun tak, so pakai apa yg ada, beli yg perlu yang selesa
Hari2 basuh.. (bawak sabun basuh buku).. sidai kat bilik air (diorg sentiasa ada penyidai kecik kat bilik air).. semalaman kering sebab mmg baju nipis2
Kalu ada tshirt labuh/blouse labuh and skirt/palazzo pun boleh je bawak pergi masjid ke ziarah ke boleh jee

Steady je la pakai bawal haha

Other than that,
Bawak segala jenis ubat and baaanyak gila lozenges. Tapi alhamdulillah oke je sihat semuanya pergi dan balik 🥺 (i had common cold for 1 whole month prior and covid 5days prior lol what a journey)
Bawak extensionn and travel adapter. (Tpi kat madinah plug sama je, mekah je lain)
Bawak foldable hanger
Suncreen lotion pelembab bibir sabun both ihram friendly and not
Iron travel (yang x guna pun sebab sentiasa nak cepat and malas nak fokus benda lain)

Last2 x guna sangat pun pelembab muka.. pakai sebelum tido je sebab malas nak lap2 muka nak ambik wudu lagi huhu. Alhamdulillah allah mudahkan

Journey took a tiring 9 hours, agak2 x mampu nak zikir ke ngaji ke, download awal2 zikir/lagu nashid/podcast biar at least ada sikit keinsafan 😌
I brought along buku umrah pertamaku, settle baca atas flight ye 😌
Alhamdulillah walaupun naik AA.. masa pergi tu dapat duduk sesorang kat 2seats row yeay
And memang tiram sesiap order 2x inflight meal 

Spent 6nights in madinah 4nights in makkah. Madinah memang bertenang2 je, tapi makkah betullah mencabar fizikal and mental haha
Katanya sebab dulu rasulullah pun bersusah payah di makkah, bertenang sikit kat madinah
Elok kalau bawak orang2 tua ni ambik hotel2 dekat je
And eloklah pergi sekali bawak parents lagi2 yg jarang travel abroad.. 

Ye saya memang pakai tudung bawal hahah

Kat madinah ganjaran solat 1000x, makkah 100000x
Lepas solat fardhu ada solat jenazah
Ganjaran dia 1 qirat.. kalau ikut usung jenazah 2 qirat
1 qirat tu sebesar bukit uhud
Bukit uhud tu klau tengok besarrrr ilerrr okayyy free2 je Allah bagi

Melawat makam nabi di raudhah...
Ikutkan kalau ada visa umrah, boleh masuk 2x (ikut tasreh and ikut nusuk)
Tapi kitorg yg perempuan dapat masuk skali je ikut nusuk
Yg lelaki dapat 2x (tasreh and nusuk)
Nusuk ni bukak hari jumaat lepas zohor waktu saudi seminggu sebelum tarikh nak pergi
So kena sentiasa refresh app tu!
Pastu make sure book slot raudhah bukan umrah!
My mom terbook umrah slot, baru perasan masa nak pergi masuk raudhah 🥴😌
Alhamdulilah with some tricks.. lepas jugak hewhew rezeki betul Allah mudahkan

Raudhah 🤍

Kalau dah masuk raudhah sekali, next turn is after 1year
Tapi ada je org yg provide service tasreh muassasah cuma kena ada bayar la 🙃
 banyak iklan kat group diy
Masuk raudhah memanggg beratur lama.. make sure masuk beratur sejam sebelum
Walaupun bila sampai turn kat pintu masjid tu dah lepas masa.. bukak balik kat passed permit.. tunjuk je.. iA lepas
Masuk2 raudhah memanggg bersesak adoi ada yg berlari ye
Carik la port sembunyi2 dulu nak solat tepi tiang utk elak dipijak atau dihalau
Alhamdulillah sempat solat sunat 2x
Panjang kan sujud utk doa.. kalau lama2 mmg kena halau
Raudhah antara tempat mustajab doa
Makesure doa tu yg lebih banyakkk.. 

Takde banyak gambar dalam raudhah sebab video je semua haha. Adeiiihh

Anyway boleh jugak masuk ke sisi raudhah (rasa macam pergi ke tepian syurga)
Masuk ikut pintu abu bakar
Bukak lepas subuh/isyak utk ladies
Kalau jengket sikit nampak la raudhah
Jadi la kan 🥹

The other side is raudhah

Umrah ni mencabar sebab penad betul
Elokla muda pergi
Prepare fizikal mental
Bawak buku doa, so bila agak2 dah blur2 tu baca je la buku doa
Start exercise sebelum pergi so badan x terkejut
Bawak banyak2 patch, ubat tahan sakit/minyak urut haha
Nak masuk tawaf kalau dari safwah tower paling dekat pintu 79

Make sure buat tawaf umrah tu bahu tak teralih.. wudu sentiasa ada.. 
Sesak memang ada masanya sesak
Tapi mudahkan jalan org lain, doa banyak, iA Allah mudahkan urusan kita pulak
Klau saie dah x wajib ada wudu
Kalau terbatal, ada jee tempat wudu bawah tangga nak turun ke mataf tu.. kalau terjumpa yg lelaki.. means yg perempuan tangga yg sebelahnya
Ada orang jual kasut tawaf kat shopee, aku pun beli
Tapi bila kat sana i preferrred pakai stokin tebal waktu tawaf (yg ada bintik2 kat tapak, so tak licin) and bawak sandal hiking quechua 😌 dari msia siap basuh semua.. pakai masa saie.. sebab azmidah cakap awal2 mmg sakit kaki kalau x pakai apa 😌
Masa tawaf saie ni kita boleh tengok jenis2 mutawwif
Macam kitorg punya mmg masa memula tawaf je sesaing pastu sukati kau la haha
Ada yg mutawif mmg macam tekong lead doa bacaan segala sesatu
Ikutlah apa yg kita prefer
Boleh jugak buat tawaf sunat..boleh a nak niat pegang kaabah atau cium hajarul aswad masatu
Tapi masatu mmg niat hanya nak pegang kaabah alhamdulilllah dipermudahkan

Tiap kali abis umrah mesti beli air gas 🙃🤣 penad ya rabbii

Makan oke je
Sekarang ni pak arab pun pandai masak ala asia lol
Tapi still bawak sambal KA sebotol
Anddd tak cukup okay
So bawak la 2 haha
And bawak la extra money untuk snackingg
Kalau rajin explore madinah banyak je tempat makan tapi dari hotel kitorg agak jauh nak jalan, so kitorg snacking al baik and zaitunwateen (semuanya ayam goreng) 🤣
Kat makkah senang cari makan,, safwah tower, makkah tower berlambakkk kedai makan ala asia ke msia ke itali ke barat ke arab ke semua ada


Nak beli ole2 boleh beli kat madinah
Sejadah, keychain, kurma, kacang2 murah lagi
Tapi jubah murah lagi kat makkah, banyak choices
Kalu nak beli bag2 ke buah2 tempatan, kalau ada ke taif boleh beli sana, manis!

Dah tukar duit sesiap dari msia tapi sebab ada add on snacking lagi 🤣 pastu ada kawan2 kirim sedekah waqaf last min, last2 keluarkan  jugak duit
I used wise card! Best sebab currency exchange rendah lagi dari tukar kat msia ritu 😌 nak bayar2 pakai kad pun senangg acceptable 👍

Lawatan macam biasa ada lawatan luar makkah and madinah
Optional add on ziarah taif rm280 sorang inc lawatan and makan, tapi erk mahalnya
So utk taif, buat diy je, sewa 1 mpv, kitorg 4org, share dengan random stranger i found dlm group umrah diy hahaha (things i did every year lol)
Sama je tempat lawatan, end up total hanya dalam rm140-150 sorg inc makan
Actually sekarang ada banyak ziarah yg boleh kita adjust sendiri
Dalam group umrah diy, ada org buat servis ziarah badar/hudaibiyah/al ula etc etc. Murah bila share2!

Bukit Uhud.. besar kannn

Masjid quba

Masjid ghamamah

Next gambar ziarah taif
Taif mmg cantik. Boleh naik cable car and main tobongan jugak. Tapi my dad dah cranky penad adik aku dah cranky lapar haha. Buah dia murah2 manis2. nak beli ole2 pun banyakk

Doa la banyak2 bila kat makkah madinah
IA senang makbul
Aku yg routinely walk/hiking punn barai.. doa banyak iler ya Allah bagi lah kekuatan nak habiskan umrah haha
Barai ye
Tapi betullah tiada daya dan upaya melainkan izinNya
Bila dah buat tu oke je

All in all, pergilah umrah dan haji masa muda
Dah tua2 susah sikit unless kau mmg fit betul
Ada duit simpan sikit2
Semoga Allah permudahkan and murahkan rezeki!
Semoga kita semua dijemput (lagi) ke baitullah
Enjoy your umrah!

My mom

Highlight of the trip
1 random europe lady tanya macam mana nak solat jenazah 😌 Allahu nasib baru baca pastu seronok betul bila dia dah paham.. allahu semoga saya ajar benda betul
1 random uzbek lady dtg dari belakang bila aku tengah distribute quran tanya, "hadiah?" Pastu terharu betul bila aku hulur quran sedeqah siap dikucupnya quran tu 😩🥲 (few friends pun ada hulur2 duit utk sedeqah and waqaf quran)
That random stranger i went to taif with yg tanya banyak betul soalan pasal umrah, tawaf wada.. 🥲 semoga saya jawab dengan betul semuanya 🥲
And so so many kind hearted strangers yg bagi makanan haha.. and ada 1 adik beradik comel gilaaa tanya tiba2 on 1 random evening.. "you want zam zam?" 😩🤣 alaaa comel la adikk gigih dia bawk zamzam lam botol nak bagi2
Sorg lagi adik tu nak bagi kurma tapi malu2 so dia berdiri je tepi jalan sambil pegang bekas kurma 🤣🤣

Kat sini gula2/snacks mahal sikit, so it will be good if korg dah pack siap2 dari msia utk sedekah kat orang2 lepas solat! It was so heartwarming ma shaa Allah 🥺

Link for wise card 
https://wise.com/invite/ahpc/fatinnabilam3 😆

Comments

Popular posts from this blog

East Java Trip

Lombok trip #jauhperjalananluaspemandangan