Semporna, Sabah

So we went to semporna last few days, wiwuu

Again, another crazy trip bila these girls suddenly called me from sibu 2 months ago (dan saya di kuching) sayin
"bell, jom g semporna"

Jaw dropped, i think it will be too costly tapi bila dah buat some researches, in shaa Allah 500 including flight tix will be enough.

1. Flight tix
Disebabkan januari tu masih lagi posting kat sibu, i bought tix from sbw-kk-tawau, return for 221 only. Maswing and AA. Jgn nak meroyan cakap my tix lagi murah bcoz u can get it cheaper dari kl okay. Kl direct ke tawau mgkin mahal, tapi AA free seat ke KK only 10, and AA KK-TWU paling murah is just 39 okayy. Maswing pun 65 boleh dapat. Total boleh kira sendiri.



2. Bukit tengkorak
Airport transfer ke semporna pakai van akan di cas 20 (tapi org sana panggil van tu bas, the real bas dia panggil bas besar hehe). Tapi kitorg pakai prebet aje, lagi murah. Total airport transfer, bukit tengkorak and warisan is 100, divide by 5 pax baru 20.

Bukit tengkorak ni ada muzium kat kaki bukit dia tapi kitorang tak perasannn punnn sebab dia nampak macam bangunan tak berorang. Dah balik tu baru perasan cis.

Kena panjat tangga banyak gila omg macam nak give up je 😂😂😂 dah tua tua ni biasalah #padahalbaru22 but the view and angin sepoi sepoi bahasa tu best. Ada lah acah2 macam broga

Lushes of greeneries yang sangat menenangkan







2. Warisan

Warisan, bintara and tampi tampi ni sebaris je, cuma kalau tampi tampi masuk kena bayar 😌😌 #wedontwanttopay. Sebenarnya ingat nak lepak kat pangkalangan, tapi pakcik prebet kata jauhlah apa lah haha. You guys should gooo to pangkalangan, pic sangat cantik. 

Duduk kat warisan, lepak makan pisang goreng

Rasanya kat seberang tu pulau bum bum

Can mandi and buat terjunan also, bayar rm1

3. Island hopping and snorkeling

Ada 7 pulau yang jadi main attraction kat semporna ni, tapi sebab semua mahal mahal kan 😌😌 ambik 5 pulau je la 😌

Total rm 150 tambah sewa mask rm20 (2 days) jadi rm170. Pakej siap makan and permit, guide sekali. Nak lagi murah sewa la bot dengan pakcik noh. 400 for 2-6 ppl, permit and makan bayar sendiri tapi snorkeling set freeee. Kitorang pergi pulau mbul, kapalai, bohey dulang, sibuan, mantabuan and tatagan (kg bajau laut)

Kapalai paling best untuk snorkeling, banyak sangat coral yg masih hidup, hence berwarna warni. Penyu pun adaaaa tak malu malu 😍😍😍 sibuan banyak ikannn, bohey dulang hiking abhwhehwhshahhabshsjsmwj penat gilaaaa padahal 600m je ahaha tapi view superb.

Sila sediakan stamina sebelum datang sini. Berenang melawan ombak dan hiking 2 bukit aint easy mannn








4. Seafood

Orang cakap makanan kat semporna ni seafood dia murahh tapi bagi aku mahal je hahaahah idk. At least sekali makan kena ada dalam 20-30 jugakla if share ramai ramai. Can also beli seafood fresh sendiri and suruh orang kedai masak, confirm lagi terjamin kesegaran seafood tu, harga sekali masak lebih kurang sama jugak. pasar seafood ada kat belakang hotel seaview. Disebabkan berjimat, first day tu makan biasa je, next 2 nights makan seafoood kat seafest 2 ( satu lorong dgn seaview), sotong salted eggs dia pehhh sedap gilos and next day ke anjung samudera ( cheaper option, makanan okay).

Average harga for medium plate is 28 (seafest), 30 (kedai lain) and 20 (anjung samudera)

*gambar takde sebab masa ni dah terlalu kebulur
*bagi gambar bajau laut je la hahaha



Ni subin yang ikut boatman, dapat la gaji per day, tolong pakcik parking bot, angkat barang, tolong tarik akak2 yg tak berapa pandai berenang ni balik ke pangkal jalan 😂😂 tolong tangkapkan starfish bagi tengok kat orang orang jakun ni haa 😂😂 he is not schooling, rumah kat tengah laut, sekolah so jauh 2 hours perjalanan. Maybe thats why he thinks better not to go

Subin ni masa mula mula tu kitorang offer dia makan roti dia tolak. Tapi lepas pujuk dia ambik jugak. He ate it so hungrily. Sedih rasa. Sama jugak bila aku tengok anak2 bajau kat sibuan, cari makan guna parang tebas kelapa, ambik isinya. Makan macam lapar gila. Sedih.

At least dia tak jadi macam orang pala'u, yang dilepaskan parents untuk hidup kat darat, no home, no food, pandai pandai kerja sendiri nak hidup huhu. Tidur pun kat kaki lima

5. Penginapan

Sebenarnya nak best dudukla kat pulau, ada banyak budget stay kat mabul, ada pakej baru 500+ exclude flight tix. Tapi sebab duit pun tak berapa ada 😂😂 first nite stay kat rumah sewa my friend punya adik, next 2 nights stay kat mabul inn 27.80 total per pax, triple bed tapi isi 5 orang. Bilik very basic, and kecik, tapi janji ada aircond, hot shower, clean towel, and boleh request iron, we were glad enough.

*plan asal nak stay floating inn lol

6. Pekan tawau

Last day tu kitorang choose to sewa kereta half day utk jalan jalan tawau. Semporna ke bandar tawau naik bas (again, its a van sebenarnya) only rm10 per pax, sewa kereta saga auto rm50 half day, pergi makan nasi lalap rm5. As bandar tawau soo kecik, kitorang drive 50mins ke sungai balung. Kalau nak mandi mandi kat sini best sebab air dia sejukkkk and clear sikit. Boleh jugak ke bukit gemuk, maliau basin, masuk hutan ke yada yada ( sabah so nature at its best) tapi we are just so tired

Gambar pun sengat dah. So tired

Kalau nak beli buah tangan dalam bentuk produk makanan, singgah lah pasar tanjung. Ada amplang, kuih cincin, ikan masin, kerepek etc. Belakang pasar ni, ada pasar ikan tawau. 

Kat sini takde pun jual barang cenderahati sangat, kat semporna pun. Which is sangat rugi la.

Semporna ada peluang besar as a tourism spot, tapi pekan tu nampak sangat dull huhu (at least bersihkan la dari sampah, tambah bangunan utk hostel and hotels, jual la cenderahati). Sabah so slow in developing, you know why.

Total bajet: 221 (tix) + 20 (prebet) + 170 (islands) + 24 (jalan jalan tawau) + 27.80 (mabul inn) = 462.80
 
Till then, assalamualaikum. 🌹






















Comments

  1. I need rent bas 33 seat please call 0162899323 or 0128419909

    ReplyDelete
    Replies
    1. Airport tawau to jetty semporna....jetty semporna to hotel semporna

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

East Java Trip

Umrah Trip

Labuan Bajo 🤍