Backpacking Kunming, Lijiang, Qiatou

Terkial kial nak mengumpul tenaga balik dari China sampai tajuk pun dah takde idea lol. Tapi gagahkan diri jugak sebab malas nak tunda lama-lama nanti terkubur terus blog ni haha. Trip alhamdulillah dah jadi, letak hashtag #tripbertenang, sebab taknak rush, I had no expectation no nothing, apa nak jadi jadi lah haha. only had the rough iti and budget, the rest is almost, unknown.

21/06/2018
1st day, aku dengan Mazwanee je datang. tak check in sesama so duduk jejauh. abang steward tu boleh tanya, "awak nak pindah seat tak? belakang ada banyak kosong" kah kah. muka saya ada macam anak ayam hilang mak ke? sebab ada 3 orang je yg pakai tudung dalam flight tu hahahahahha


datang2 terus naik bas 919C ke KMG railway station, 13 yuan je (kaunter tiket ada kat luar ketibaan antarabangsa) sebab book hostel kat situ. malam free and easy, main wifi hahah.

22/06/2018
2nd day, on the way nak berpindah ke rumah airbnb yang kitorang dah book, turun-turun tu terjumpa kedai halal wohoo. so kiranya dekat jek dengan raiway station kedai ni. nak tau location pm k haha. bila lagi kan nak makan pelik pelik lol ( I eat weird stuffs sampai habis trip lol).




Habis makan, ambik bas ke Huguo road. Sampai-sampai je, nak seberang jalan ni jumpa sorang pakcik Chinese berkopiah. Ingatkan nak tegur senyum je, rupanya dia nak ajak berborak sekali... hahahhahambek kau dedua x boleh cakap chinese and english apuuu. so dia tanya pandai cakap arab tak, nak cakap qolil pun dah tak ingat lol, tapi we did it! I berjaya ingat sikit2 bahasa arab. dia tanya, datang China nak buat apa, pernah tak belajar agama kat China huhuhu malu jap. rupanya dia imam masjid Yixigong, ustaz bahasa arab and the rest, is history. dia punya bersungguh tu sebenarnya nak ajak borak lagi, nak ajak kitorang makan,,,, tapi kan baru makan huhu pastu dia kan nak kena solat Jumaat huhuhu alaahai, dia siap dah panggil anak dia jadi tukang translate, tapi its Jumuah, so aku cakap kitorang nak tengok2 masjid je la huhu







sempat la aku acah2 dengar khutbah bahasa cina, dengar azan, tengok orang solat dan ngaji Quran. it felt special tauu

so teruskan perjalanan ke rumah airbnb, drama sesat takmau cerita nanti panjang pulak lol, tapi rmah ni besttt dekat je dengan masjid tu, and lagi 2 masjid lain (KMG ni banyak masjid tau), ada washer machinee yass, alat memasak, fridge yada2.


ambik kat airbnb, sebab haritu ambik video je buat story insta


malam tu lepas Hasna and Zana sampai, carik makanan halal, melompat weh bila jumpa ada satu kedai ni, dekat dengan Nancheng Mosque pulak. mee dia sedappp




23/06/2018
plan asal nak Jiaozi Mountain, tapi tak jumpa pulak bas nya. Moral of the story: call dulu bas, book seat. kitorang takde roaming, aku pulak reject offer lecturer Brazil Muslim tu nak tolong HAHAHA kbai. So tukar plan, naik subway dan bas ke Western Hill, (boleh pulak lupa ada subway terus ke Western Hill, tapi bas ke subway ke aint a crime, ikut lah bajet memasing).





So naik bas ke Haigeng Park, berjalan sampai hujung dunia lol ke cable car station, 70 yuan return tiket sampai ke Forest Park(?). naik atas, pusing2, main hujan, hujan reda, naik chairlift pulak. harga total 75 yuan ; 40y utk Longman Grattoes (the whole area yang ada pagoda, gua, hutan yada2), 25 yuan utk one-way chairlift, dan 10 yuan utk one-way shuttle bus.
Disclaimer: patutnya on the way turun pakai chairlift, naik pakai shuttle bus haih sebab pemandangan lagi cantik gituhhh. kitorang naik chairlift masa nak naik ke Longman Grattoes so terpaksa pusingkan kepala.










PS: tempat ni memang cantik, berbaloi naik chairlift, tapi mata dah berpinar tak nampak gambar mana nak dipilih hahah

Balik ni makan kat area Yixigong Mosque, habis pelik betul mee dia hahaha. Mee sedap, tapi kuah and condiments tu heee. Tapi air dia sedappp
PS: ada akak ni pm, kat Lion Cave ada jual mee halal sedap



24/06/2018
gigih nak ke Jiaozi tapi masih tak jumpa bas nya hahaha. so on the spot decide nak ke Stone Forest. naik bas dari Eastern Bus Station, 34yuan one way. Entrance fee (student price): 87.5 yuan, shuttle bus return:25 yuan.
PS: sampai2 je, turun bas dan jalan sikit akan sampai ke checkpoint 1. jalan terusss sampai ke checkpoint 4 baru la jumpa kaunter tiket masuk (bangunan terselindung sikit), dari checkpoint 4, naik shuttle bus ke entrance Stone Forest. balik nanti dari entrance, bus hantar terus sampai checkpoint 1.






Disclaimer: tempat ni pun cantik jugak hahahha tapi gambar nya dalam file lain, malas dah nak carik.

25/06/2018
plan asalnya nak naik train malam 24/06 tapi atas drama-drama aqilahanis yang tak dapat dielakkan, bermalam la kami di epot dan siang ni baru ke Lijiang naik train.






view cantik, train ada 2 tingkat

okeh, plan asal nya, siang ni memang nak bagi diorang jalan-jalan pusing Lijiang Ancient Town, sebab town ni cantik sangatttt, nak pergi Black Moon Pool (?) haha malas dah nak ingat nama dia. Mana-mana pun pandang kat Ancient Town ni memang cantik landscape nya. pastu ada banyak benda cantik-cantik and murah-murah untuk shopping souvenirs.
PS: orang kata kena bayar protection fee. tapi sampai ke sudah takde orang mintak bayaran kat kami

Dari train station boleh nak pilih naik bas, teksi atau van sapu. Kami pilih van sapu sebab nak mengejar waktu solat, so memang harga fix 10yuan sorang to-from train station.









ni ambik masa otw nak ke hongtaiyang square. baaanyak lagi gambar cecantik kat file lain malas nak ambik. lalu petang dapat tengok restauran dan bar dengan interior design cantik sangat


26/06/2018
hari ni pergi Jade Dragon Snow Mountain, alhamdulillah jumpa snow walaupun dah jadik glacier je haha
naik van kat Hongtaiyang Square, van sapu no 7. kos 20yuan sorang ke JDSM ni. Entrance fee (student price): 65 yuan, cable car ke Glacier Park: 200 yuan (tiket ni boleh guna untuk shuttle bus ke Blue Moon Valley jugak)---tiket cable car beli kat cable car station.

 hongtaiyang square ada mao zedong ni

PS: beli oxygen tank sebelum naik van, kat old town/pekan Lijiang jual 20yuan je setank. beli la 2 ye, kalau sedar diri jarang hiking ke high altitude.kat atas tu nanti sampai 60 yuan dia jual. sewa baju sejuk kat tourist centre pun ada, sama je harga sewa dengan kat pekan Lijiang: 50 yuan.















Balik tu makan kat luar old town, dekat je rumah inn airbnb kitorang. Sedap gak. Malam tu, kitorang 3 orang je shopping kat old town, haih memang rambang mata. Lagi 2 dah pengsan sakit kepala haha.






27/06/2018
gerak ke Tiger Leaping Gorge! Jalan kaki ke terminal bas, beli tiket bas ke Qiatou 40 yuan. Along the journey masa jalan kaki tu, berderet kauu kedai halal muslim heheh, so no worry k. TLG ada entrance fee tau, student price 32.50 yuan. Ingatkan nak mintak owner Tibet GH pick up tapi dia busy, so dia suruh driver bas tu bawak kitorang. free pulak tu, siap berhentikan untuk ambik gambar kat scenic spots.







sampai kat GH, check in apa semua, owner tu cakap diorang memang ada sediakan alat memasak khas utk cust muslim , so kitorang order nasi, telur goreng and fried potato hoho.

28/06/2018
pagi tu trekking ke Middle Gorge, nak tengok sungai tu betul2. bayar 15yuan untuk perjalanan turun ke gorge, kat orang yang buat jalan tu. ada 2 jalan, dari Sandy GH atau in between Tibet dan Sandy.  turun sampai viewpoint yang setengah jalan jalan je, tak mampu dah hahaha. Ni la sebabnya tak pergi upper trail (padahal view cantik gila atas tu) tapi semua dah lowbat, aku pulak lung dah penuh dengan mucus (baca:kahak), semua dah lowbat haha









balik tu, anak owner hantar sampai ke Qiatou town (cas 20 yuan sebab jauh.21km), sampai town boleh naik bas atau van ke Lijiang. kitorang naik van (sama je harga, 40 yuan), sebab abang ni dah baik tolong bookkan, and sebab dia kata takyah tunggu bas dah.

sampai Lijiang, melawat masjid, borak dengan imam masjid jap (by translator, wechat, chinese and everything in between haha), melawat old town (seeee mana puas nak shopping kalau kejap je kat old town ritu) dan balik ke kunming naik train.



29/06/2018
disebabkan tak beli tiket train awal2, kitorang dapat tiket paling last, and paling lama! sampai kul 11 pagi kau hadoi. padahal dah sampai kmg kul 8 pagi, tapi dia stop kat kmg west station, tunggu 2 jam, nak dekat kul 11 baru ke kmg railway station hahaahah apu

naik bas ke Guandu Ancient Town, tapi tak semenarik dan tak ada apa sangat dijual banding dengan Lijiang Ancient Town, tapi ka sini ada muslim street fooddd! baru la nak merasa makan ayam dan sotong hahah
PS: kalau dia tanya nak letak serbuk rempah ke tak, mintak letak sikit je, kalau tak, jadi masinnn. Pastu kat tourist centre ada tempat simpan luggage, first 2 hours rmb5.



Balik tu, pergi epot naik subway, 6 yuan je dari pusat bandar, ambik masa sejam.

Hmm banyak lagi nak elaborate nii hahahaha tapi da x laratttt.

okay, last tips and tricks:
1. Transportation: guna je google maps, offline maps tak membantu. Maps ni akan bagitahu bas apa nak guna, no berapa I mean, nak tunggu kat mana (sebab specific bus stops utk specific bus number) tapi untuk subway Maps x pandai guna haha

I mean, boleh je transfer line, tapi Maps tak tunjuk macam tu. so pandai2 la gunakan peta line subway k. Pilih the final station masa nak beli tix, jangan tiap kali transfer beli tiket baru.

2. Kedai halal banyak je, so jangan risau, takyah google ahead pun takpe. Unexpected finding lagi best hehe

3. Orang2 di China saaaaangat baik haih, so jangan malu, belajar basic Chinese, download offline translator. Walaupun cakap ayam itik, diorang masih cuba sedaya upaya nak tolong. kat Lijiang Ancient Town, boleh tawar menawar harga.

4. Ada banyak safety check kat China tapi chill je, takde apa lah

5. Download WeChat! banyak wifi guna WeChat utk activation, nak borak dengan orang2 Chinese pun diorang mintak WeChat ID

Be safe and happy travelling! Alhamdulillah, I had so much fun and Yunnan is so pretty! (walaupun summer, hujan lebat masa kat stone forest, tunggu qila dalam kebasahan, kena altitude sickness, masih lagi demam batuk selsema sampai hari ni--1 Julai)

Alhamdulillah 'ala kulli hal. :)

Till then, assalamualaikum.

PS: nah link https://www.airbnb.com/c/fatinn322?currency=MYR for discount on your first airbnb booking (T&C apply) hihi

Comments

  1. Hi fatin!
    Nak tanya,tibet guesthouse tu kat area mana? And kalau tak keberatan boleh saya nak minta iti penuh.?

    ReplyDelete
  2. salam bleh minta drop ur iti x? kamaliah8716@gmail.com TQSM :) by the way nice trip :)

    ReplyDelete
  3. Slm ..nak tnya..awak naik bas terus me Tibet guest house ke? Kiranya tak ikot route hiking TLG eh. Ms p cuaca mcm mana yaa..katanya bln 5-10 musim hujan

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah naik bus terus. sbb owner x dapat pick up masa tu so dia minx org bus hantarkan. x hiking sebab dah penat luls. and yes musim summer, tapi ada 1 hari je la hujan lebat. lain hari okey

      Delete
  4. Macamna nk ke jiaozi snow mountain...lps Tiba di airport kunming..amek bas

    ReplyDelete
    Replies
    1. sorryyy x perasann. boleh pergi ke railway museum. ada bas pick up kat situ. btw bas tu kena call ahead dulu. 087162725990 nah

      Delete
  5. Hi. Sy nak minta iti boleh? Plan nak pi sana hujung tahun ni..tapi still ragu2 nak singgah TLG ke x sbab x sure mcmne perjalanan nak ke situ. Ni email sy ajamadil@gmail.com thanks

    ReplyDelete
  6. Hi, nak tanya, Kunming boleh bayar guna cash tak? Dengar kata China banyak guna wechatpay dan alipay dah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ops. sorry x perasan. haritu boleh pakai cash

      Delete
  7. Salam . Possible x kalau ke TLG tapi x bermalam? Means petang balik ke Lijiang semula

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak suree. bergantung kepada jadual bas kut

      Delete
  8. Hi sis, just nak tanya. Dekat Kunming tu korang cover bape tempat yer?

    ReplyDelete
  9. kalau kunming shj, stone forest, western hill and melawat masjid

    ReplyDelete
  10. Assalam... boleh tau tempat tinggal airbnb?

    ReplyDelete
  11. Bagi details guesthouse plsss.tq.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mintak email. nnti sy bg iti (which inc guesthouse)

      Delete
  12. tumpang tanya, kat airport / kunming railway station, ade restaurant halal x?

    ReplyDelete
    Replies
    1. dekat dengan railway station ada restoran halal. (my 1st food stop as stated)

      dari bhg depan station, belok kanan dan ikut je jalan raya tu. dlm 500m ada kedai sebelah kanan

      Delete
  13. Boleh emailkan iti to me? Tq very much. (nyet2coco@gmail.com)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

East Java Trip

Umrah Trip

Labuan Bajo 🤍