Japan Trip

Another impulsive flight ticket buying after pengumuman interim 🤣
Idk man
Girl went crazy
Lepas tu kena pergi solo sebab takde org free on that date
And yeah, who wanna go in september?
(supposedly early autumn but global warming hits harder each year)(here we go crazy temperature) 

Beli tiket 1month sebelum berlepas, plan sikit2 je, memang itinerary ni nature and food-oriented, and nak tengok harry Potter. Dah tu je 😆

Sampai haneda at 10.30pm, imigresen settled at 1150pm ish (selepas berjalan laju nak gila, sakit kaki hewhew) (terlalu terlalu ramai orang ya) 
Laju2 sebab nak kejar last train/monorail at 1215am

Takyah beli welcome suica kat klook pun
Nanti keluar lepas imigresen ada laluan ke train/monorail, kat tempat nak beli tiket tu, boleh terus pilih nak kad suica beserta jumlah topup
(idk man, i just paid for the topup, kad yg keluar tu terus ada 2000y)

Hari flight tu yang baru book hotel imano tokyo at ginza (sangat dekat waktu siang, rupanya tengah malam kena menapak jauh sebab subway dah tutup) 
Hostel ni tak best sebab hallway dia sempitttt ya allah nak solat pun tak muat 🥲) 
(tapi dia ada female only floor, bebas) 

Ikut gmaps yg siang dekat je hostel ni, sekali tgh malam subway dah tutup, gigih berjalan di tengah2 ginza. Sakit kepala mak aku kalau tau anak dia jalan sorang2 🥲😂


Nezt day, join klook daytrip tengok mount fuji
Melawat kawaguchi lake, oishi park, arashiyama sengen park (?) dan satu lagi lake apa ntah? Swan lake
Ada perempuan korea duduk sebelah dalam bas, nama yein, and she is really really nice and friendly 🙃
Thank you yein for adopting me haha (yein tolong payungkan ke mana mana and we had  a really good conversation 😆) 

dah otw autumn 🍁

🍁🍁🍁

tak nampak fujisan

oishi park

Tasik yang terakhir tu paling cantik, tengok swan dan ikan, pasir warna hitam, dan those faraway mountains in the view ❤️
Akhirnya cuaca bertenang sikit waktu petang tu, awan pun dah clear, and boleh nampak tip fuji san! Tapi dah takde melted snow 🫠

with yein

with fuji-san


Sebab kan pergi balik jammed, terlambat sampai kul 6 kat tokyo. Terus rushing pergi ginza solat kat matsuya (kat tingkat rooftop, ada disediakan tempat wudhu, selesaaa) (tempat solat kat jr office tutup dah pukul 6)
Lepas tu pergi tapau dinner kat itsuki tendon sebab nak kejar bas ke osaka pukul 9

sebabkan rushing, aku tengokk dari luar je la biggest uniqlo in japan ni 🥲

( ‼️‼️ tak disarankan buat iti begini, memenatkan hahah, ni sebab nak kejar masuk universal studio hari jumaat la ni 🥲) 
(patutnya stay je kat tokyo, tengok harry potter studio pun ok je panas2 ni 😌) 

So lepas ambik bag kat hostel, gerak ke bas terminal shinjuku. Keluar je shinjuku station south exit terus nampak bangunan terminal bas ni. 
(tiket bas beli kat willer website, ambik yg mur mur je haha, dah siap2 bawak air nak wudhuk and subuh dalam bas 🥲) (patutnya dia ada berhenti rehat tapi aku pun tak paham dia cakap apa 🤣) 

Total damage day 1
Klook day trip rm139.50 (promo) 
Willer bus 5900y = rm 182
Itsuki tendon 1500y =rm45

Sampai2 mmg ambik stop kat namba (sebab nak simpan bag, baca2 kat universal studio ada loker tapi cepat penuh huhu) 
So turun namba terus cari manga cafe popeye, nak mandiiiii ya allah busuk dah ni
Kat cafe ni tak boleh nak shower je, kena book bilik/seat
Apa lagi terus book bilik yg ada massage chair for 500+ yen 🤣
Total shower and bilik tu 800+ yen
Siap ada aie kopi/chocolate free, ada air panas boleh masak maggii
Massage chair tu aku duk la ulang2 sampai puas 🤣🤣🤣

ada macam2 mode. Sukaa sukaaa

Dah bertenang and cukup rehat, sambung ke universal studio finallyy
Dapat ride harry potter 2 kali, hippogrif 1kali, jaws 1 kali, 4d studio 1kali and girl is done
Tersangat2 panas hhaha
Cukup la dah ambik gambar dengan castle tu 🤣

pandai mat saleh ni ambik gambar

wiwiwiwi girl's dream come true

Lepak rumah hagrid jap
what do you see? 🫣

Ciou awal, check in kimi to ichigo cafe and hostel
Hostel ni best sebab hallway besarr and ada ruang khas untuk solat kat 3rd floor
Downside is kalau 3rd floor laluan ke washroom tu bercampur lelaki (laluan je, bilik asing)
And dalam bilik ada cctv so kena cover up
Tapi i still prefer this one sebab ada bilik nak solatt, selesaa sangat

Malam makan kat halal ramen naniwaya, tapi aku makan halal wagyu yakiniku dengan ayam goreng pedas (basically ayam goreng berlado haha) (tapi yang ni wagyu dia terlalu terlalu berlemak nasib ada sambal)

Layan je la ek gambar senget ni

Lepas tu pusing2 dotonbori (orang cakap don quijote murah, tapi aku jumpa sourvenir lagi murah tepi2 jalan je 🥲 beg2 kawaii and fridge magnet lagi murah)

the infamous glico sign 

Malam tido awal, kul 8 dah pengsan penad 🤣

Total damage day 2:
Kimi to ichigo hostel : 2500yen = rm75
Universal studio: rm 275 (kkday) 
Ramen naniwaya : 2300yen = rm70

Esoknya bangun awal, kul 5 lebih dah keluar gerak ke Kyoto
So awalnya ingat nak cover nara sekali, sebab tu beli kansai mini pass, tapi last2 tak larat 🤣🤣🤣 (rasanya macam ada slipped disc, belakang sangat2 sakit lepas jalan jauh, ni start lepas trip pakistan yang duduk berejam dalam kete)

So sampai kyoto dalam 7lebih, simpan luggage kat train station, and off we go!
Melawat arashiyama bamboo forest pastu naik sagano romantic train turun kameoka. Cantikkk view air sungai semua (laluan ni popular masa autumn and spring, i can only imagine 🙃)
(1 way ticket rm 26, boleh beli kat klook ke kkday, takut kalau beli onsite dah sold out)

🤍🤍🤍

Turun kat kameoka station, pusing2 tengok sawah padi haha and beli breakfast kat lawson
Ingatkan terus nak pergi fushimi inari tapi tak terasa nak berpanas
Rasa nak chill2 tngok sungai kat togetsukyo bridge so patah balik ke arashiyama

Tg karang, jepun 

(‼️‼️‼️ so patutnya naik train sampai kameoka, astu naikla sagano train dari kameoka baru tak buang masa and sakit kaki haha) (kalau dari kameoka ambik sagano seat sebelah kiri)

Berhuhu la kita berjalan semula, tapi togetsukyo bridge ni memang cantik view sungai tu, layan angin sepoi2 🥲 tenang je

So kelaparan, terus gerak ke ayam ya ramen. Pilih yg ni sebab ada prayer rooommm.
Ambik ramen yg pedas, ya allah sedap 🥲. Tak sama ye dengan ramen malaysia.

Lepas solat semua, gigih naik bas pastu hiking sikit nak ke Kiyomizu-dera temple. Temple ni dekat je sannenzaka and ninenzaka. View mmg lawa tapi pro tips ‼️‼️ sini banyak jual sourvenir murah compared to other places. Haritu pergi do quijote tshirt 2000+ yen. Sini 1000+ yen dah dapat.
Dalam bas sempat berborak dengan student/worker from indonesia. 🙃 Perks of travel solo i guess

suka tengok gardens kat jepun. Cantik well planned

End of day 4 in japan!! Lastly check in hachi b&b in downtown kyoto

mmg tak berorang sangat area downtown and full of old houses

best part is ada bathtub and bilik hostel 2org je per room wee

Total damage
Sagano romantic train rm26 (klook) 
Bus 220y x2
Hachi b&b rm 145 (sebab teringin nak stay in old japanese house) 

Sambung kemudian je la eh. This is too long ady 😂

Comments

Popular posts from this blog

East Java Trip

Umrah Trip

Lombok trip #jauhperjalananluaspemandangan